Sistem Kualiti MS ISO 9001:2000
Oleh kerana pejabat kami dan unit dibawahnya telah dipersijilkan MS ISO 9001:2000, kami sentiasa mengambil peluang untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan sediada. Pada 1 Julai 2005, kami telah merombak hampir kesemua dokumen berkaitan. Dengan membuat penambahbaikan dimana yang perlu. Pada tarikh tersebut juga, semua unit (Klinik Kesihatan dan semua Klinik Desa dibawahnya, beserta Jabatan Pesakit Luar (OPD) kami di Hospital Taiping telah dimasukkan kedalam skop perlaksanaan Sistem Kualiti tersebut.
Mengalu-alukan Maklumbalas Membina
Oleh kerana kami adalah sebuah organisasi yang
sentiasa bersikap terbuka, kami sedia menerima
maklumbalas yang membina daripada semua pihak,
samada daripada anggota kami sendiri dan pelanggan
serta orang awam. Semuga dengan maklumbalas
tersebut dapat membantu kami menambah baik
perkhidmatan kami. Atas maklumbalas anda semua
diucapkan jutaan terima kasih.
Ketua Jabatan
Dr. Hj. Syed Mud Puad b Syed Amran, AMP
adalah Ketua Jabatan selaku Pegawai Kesihatan Daerah.
boleh dihubungi melalui email ini: drsypuad@tm.net.my
PEJABAT
Blog Pejabat Kesihatan Taiping diwujudkan sebagai
saluran komunikasi, feedback dan perbincangan antara
staff dengan pengurusan dan pelanggan bagi mencetuskan
ide bagi menambahbaik perkhidmatan kepada staff
dan pelanggan:
Alamat Rasmi:
Pegawai Kesihatan Daerah
Pejabat Kesihatan Daerah
Larut Matang dan Selama
Tingkat 2 dan 8
Wisma Persekutuan
Jalan Istana
34000-Taiping, Perak.
Tel: 05-8072027 (hunting)
Fax: 05-8064049
email: pklmsnet@tm.net.my
Kami Telah Dipersijilkan MS ISO- 9001:2000